Tuesday 8 May 2012

MASALAH VIRUS

Walaupun sesetengah virus hanyalah digunakan untuk tujuan berhibur , namun begitu ia boleh membawa kepada beberapa masalah yang lebih besar kerana sikap pihak yang mahu mengaut keuntungan. Kerosakan yang diitinggalkan oleh virus boleh dibahagikan kepada beberapa kategori:

1. Kerosakan Remeh

Kerosakan remeh termasuk mesej atau yang menandakan kehadiran virus. Contohnya virus Form yang akan membunyikan speaker setiap kali kekunci ditekan .Ia tidak memberi kesan keatas aplikasi lain mahupun komputer

2. Kerosakan Kecil

Kerosakan jenis ini termasuklah kesan yang dijalankan oleh virus Jerusalem yang memadam sebarang perisian yang cuba anda jalankan. Anda perlu mengistall kembali perisian tersebut setelah membersihkan virus tersebut dari komputer.

3. Kerosakan Sederhana

Kerosakan ini berlaku apabila virus memformat cakera keras anda, memadam jadual FAT atau menulis datanya sendiri ke atas cakera. Kerosakan jenis ini walaupun dianggap serius oleh kebanyakkan penguna namun ia dikategorikan sebagai sederhana kerana pengguna sedar apa kerosakan yang telah berlaku. Jadi tindakan pembetulan boleh diambil menggunakan salinan sandaran.

4. Kerosakan Besar

Virus yang beroperasi secara berminggu-minggu dan merosakkan fail-fail data anda dikategorikan dalam kategori ini.Apabila anda sedar akan kehadirannya ,anda tidak dapat menghapuskannya kerana fail sandaran juga telah rosak kerana virus itu sebenarnya telah ada lama dan fail sandaran juga telah dijangkiti.Contoh virus ini ialah Dark Avenger dari Bulgaria.

5. Kerosakan Hebat

Kerosakan ini berlaku apabila virus mengubah data dalam fail-fail anda Anda tidak menyedari berapa lama ia berlaku dan data apa yang diubah . Data yang diubah masih boleh dibaca tetapi nilainya telah berubah.Ini bahaya kerana anda tidak boleh memastikan kesahihan data .Walaupun ia hanya menyerang fail data namun ia dianggap besar kerana boleh melibatkan kerugian kepada syarikat perniagaan.

6. Kerosakan Tidak Terhad

Sesetengah virus dicipta untuk menyerang sistem rangkaian komputer syarikat dan organisasi. Virus ini memasuki rangkaian komputer dan mencuri kata laluan pengurus sitem dan menghantarnya kepada orang ketiga . Ada juga yang akan mencipta satu akaun baru dengan nama dan kata laluan yang tetap dan diberikan kepada pihak ketiga .Kerosakan sebenar akan dibuat oleh pihak ketiga yang mendapat kata laluan terserbut.Ini banyak digunakan oleh musuh–musuh sesebuah negara untuk mencerobohi sistem pertahanan negara tersebut. Ia juga digunakan untuk mencerobohi sistem perbankan untuk mencuri wang .Contoh virus ini ialah Vascina 44.login dan Cheeba.

No comments:

Post a Comment