Wednesday 16 May 2012

Apa itu Codec?

Anda ingin memainkan satu video klip, tetapi apabila anda membukanya, hanya bunyi yang kedengaran tanpa video. Pernahkah anda mengalami situasi begini?

Jika ya, itu bermakna anda tidak mempunyai codec yang sesuai untuk memainkan fail video tersebut. Biasanya Windows Media Player (atau apa – apa pemain video yang lain) akan mengeluarkan mesej seperti “Error downloading codec”.

Codec bererti compressor/decompressor. Codec ini digunakan untuk memampatkan fail video yang bersaiz besar.

Jika anda menghadapi masalah seperti yang di atas, anda hanya perlu mendapatkan codec yang sesuai untuk fail video tersebut. Untuk lebih mudah, download sahaja codec semua dalam satu, contohnya K-Lite Codec Pack.

No comments:

Post a Comment