Tuesday 8 May 2012

kesan-kesan VIRUS terhadap komputer

computer_problem 

Penggunaan komputer sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Tidak kira golongan umur sama ada muda ataupun tua. Dengan penggunaan yang meluas, semakin banyak munculnya virus-virus yang merosakkan komputer.
Virus boleh merebak melalui:-
  • Pendrive / USB Drive.
  • Email
  • CD / DVD
  • Disket
Virus akan masuk melalui alat-alat di atas dan terus masuk ke pacuan keras (Hard Disk) atau pun ke memori sementara (RAM) dan kemudian akan mengubah fail-fail yang terdapat di dalam komputer. Lebih teruk lagi jika virus tersebut mula menghantar data-data penting atau peribadi kepada mereka yang menghantar virus tersebut.

Antara kesan-kesan komputer yang terkena virus adalah:-
  • Kelajuan komputer menjadi amat lembab.
  • Komputer tidak dapat dihidupkan.
  • Mouse pointer di skrin bergerak sendiri.
  • Pacuan CD/DVD keluar dan masuk bagaikan di rasuk hantu.
  • Fail/Data tidak dapat dibuka.
  • Pacuan Keras (Hard Disk) tiba-tiba menjadi penuh & tidak dapat menampung data-data baru.
Anda sudah semestinya tidak mahu mendapat kesan-kesan tersebut bukan?

Di sini saya sediakan panduan asas bagaimana untuk mengelak daripada terkena jangkitan virus pada komputer anda.
  1. Dapatkan perisian anti virus yang terkini & jangan lupa update supaya anda mendapat versi dan maklumat virus yang terkini.
  2. Scan pacuan luar (external storage) tertutamanya yang bukan milik anda sebelum membuka data-data di dalam pacuan tersebut.
  3. Elakkan daripada membuka email yang anda tidak kenal terutamanya yang disertakan dengan fail yang berakhir dengan “.exe”.
  4. Jangan klik pada mana-mana banner yang mengatakan komputer anda telah terkena virus dan menyuruh anda klik pada banner tersebut untuk scan komputer anda. Jika betul komputer anda terkena virus, antivirus yang anda gunakan akan memberitahu anda. Bukan popup dari  browser seperti internet explorer / firefox / chrome.
  5. Bagi yang menggunakan perisian Messenger seperti Yahoo, MSN ataupun ICQ, fail yang anda terima perlu di scan dahulu sebelum anda buka fail tersebut.
Ada banyak lagi langkah-langkah lain untuk mengelak daripada terkena virus komputer tetapi langkah asas di atas sudah cukup untuk anda amalkan.

kaspersky2010 

Bagi mereka yang pening atau tak tahu perisian antivirus mana yang perlu dibeli, anda boleh mencuba Kaspersky Antivirus 2010. Boleh didapati dengan harga yang murah (harga pasaran RM50 – lesen setahun) dan amat senang digunakan. Mempunyai sistem perlidungan automatik yang melindungi komputer anda dari ancaman virus tidak kira sama ada dari internet ataupun dari pacuan luar. Tambahan lagi mempunyai sistem pengesan bagi mereka yang bermain game.

No comments:

Post a Comment