Monday 9 April 2012

PROTOKOL DAN INTERNET

PROTOKOL
Sesuatu protokol itu adalah satu set peraturan yang mentadbir talian komunikasi di antara beberapa buah komputer yang terdapat pada suatu rangkaian. Peraturan-peraturan tersebut termasuklah garis panduan yang merangkumi beberapa kriteria-kriteria sebuah rangkaian. Ini termasuklah cara mengakses, topologi fizikal yang dibenarkan, jenis-jenis perkabelan, dan kelajuan penghantaran data.
Contoh-contoh protokol yang paling popular digunakan ialah:
1-Ethernet
2-Local Talk
3-Token Ring
4-FDDI
ETHERNET
Protokol Ethernet merupakan protokol yang paling digunakan dengan meluas. Ethernet menggunakan cara kemasukan (access method) yang dikenali sebagai CSMA/CD (Carrier Sense Multiple Access / Collision Detection). Ia merupakan suatu sistem di mana setiap komputer menunggu arahan melalui kabel sebelum menghantar mesej melalui rangkaian. Jika rangkaian didapati tidak sibuk, barulah komputer tersebut menyampaikan maklumat atau mesejnya. Jika satu nod lain terlebih dahulu telah menyiarkan mesejnya melalui kabel, komputer tersebut akan menunggu dan akan mencuba sekali lagi apabila laluan membenarkan.Kadangkala terdapat dua komputer yang kebetulan menghantar mesej pada waktu yang serentak. Apabila kejadian ini berlaku maka akan terjadilah perlanggaran. Kedua-dua komputer tersebut akan berundur buat sementara sebelum menghantar mesej semula. Dengan sistem penghantaran yang sebegini, pelanggaran merupakan sesuatu yang lumrah. Walau bagaimana pun, kelewatan yang terjadi akibat perlanggaran dan penghantaran semula data itu tadi, adalah kecil dan biasanya tidak mempengaruhi kepantasan penghantaran data di dalam rangkaian. Protokol Ethernet biasanya digunakan untuk topologi linear bas, bintang atau pepohon. Data boleh dihantar menggunakan kabel pasangan berpintal (twisted pair), kabel sipaksi (coaxial) atau kabel fiber optik pada kepantasan 10 Mbps.
ETHERNET PANTAS (FAST ETHERNET)
Bagi mempertingkatkan penghantaran maklumat yang lebih pantas, protokol Ethernet telah membangunkan suatu standard yang menyokong dan membolehkan 100 Mbs. Inilah yang dikenali sebagai Ethernet pantas.Ethernet pantas memerlukan penggunaan concentrator atau hab yang berlainan dan lebih mahal kosnya serta rangkaian kad antaramuka (network interface cards). Sebagai tambahan, kabel 5 pasangan berpintal (twisted pair) ataupun kabel fiber optik jika perlu.
LOCAL TALK
Local Talk merupakan satu protokol rangkaian yang dibangunkan oleh Apple Computer untuk Komputer Macintosh. Cara yang digunakan oleh Local Talk dipanggil CSMA/CA (Carrier Sense Multiple Access dengan Collision Avoidance). Ia hampir sama dengan CSMA/CD kecuali komputer memberi isyarat terlebih dahulu sebelum data hendak dihantar. Adapter bagi Local Talk dan kabel pasangan berpintal yang khas boleh digunakan untuk menghubung satu siri komputer menggunakan port bersiri.Sistem operasi Macintosh membenarkan sitem pengoperasian sesama pelanggan (peer-to-peer) tanpa perlu perisian tambahan. Dengan penambahan versi fail pelayan dari perisian AppleShare, sistem pelanggan-pelayan (client-server) bleh dilaksanakan. Protokol Local Talk membenarkan topologi linear bas atau topologi pepohon dengan menggunakan kabel pasangan berpintal. Satu kekurangan kecil bagi Local Talk ialah dari segi kepantasan. Kepantasan bagi penghantaran maklumat bagi Local Talk hanyalah 230 Kbps.
TOKEN RING
Protokol Token Ring telah dibangunkan oleh syarikat IBM pada pertengahan tahun 1980-an. Cara kemasukan (access method) menggunakan cara penghantaran maklumat di dalam suatu bulatan. Di dalam Token Ring, beberapa komputer dihubungkan bagi membolehkan isyarat berlegar di sepanjang talian rangkaian komputer tersebut. Satu token elektronik bergerak mengelilingi bulatan dari satu komputer ke satu komputer dan jika komputer tersebut tidak mempunyai informasi untuk dihantar, ia akan bergerak melepasi komputer tersebut ke stesen kerja yang seterusnya. Jika komputer tersebut hendak menghantar maklumat, ia akan mengisi data atau maklumat kepada token yang datang kepadanya. Token tersebut kemudiannya bergerak meneruskan perjalanannya sehingga ia sampai kepada komputer di mana data atau maklumat tersebut hendak dihantar. Pada titik ini, data atau maklumat tersebut akan diperolehi oleh komputer yang menerima. Protokol Gelang Token mengkehendaki topologi Bintang Cecincin (star-wired ring) dengan penggunaan kabel pasangan berpintal (twisted pair) atau kabel fiber optik. Ia berupaya menjalankan operasi pada kepantasan 4 Mbps atau 16 Mpbs. Oleh kerana penggunaan Ethernet yang semakin popular, persekitaran sekolah semakin kurang menggunakan Gelang Token.
FIBER PENGAGIHAN DATA ANTARA MUKA (FDDI)
Fiber Pengagihan Data Antara Muka (Fiber Distributed Data Interface – FDDI) merupakan satu protokol rangkaian terutamanya untuk menghubungkan dua atau lebih rangkaian kawasan setempat, bagi meliputi kawasan-kawasan yang jauh jaraknya. Cara kemasukkan (access method) yang digunakan oleh FDDI turut melibatkan penghantaran token. FDDI menggunakan topologi fizikal cecincin berkembar. Penghantaran biasanya terjadi pada salah satu daripada token atau cecincin, namun begitu jika berlakunya kegagalan di dalam rangkaian, sistem tersebut akan menggerakkan informasi secara automatik menggunakan perjalanan rangkaian yang kedua seterusnya membentuk satu rangkaian baru yang lengkap. Kelebihan yang ketara bagi penggunaan FDDI ialah kepantasan di dalam penghantaran maklumat. Ia beroperasi menggunakan kabel fiber optik pada 100 Mbps.
ETHERNET
Pasangan berkembar,
Sipaksi, fiber
10 Mpbs
Linear Bas, Bintang,
Pepohon
Fast Ethernet
Pasangan berkembar,
Fiber
100 Mpbs
Bintang
Local Talk
Pasangan berkembar
23 Mpbs
Linear Bas, Bintang
Token Ring
Pasangan berkembar
4 Mpbs – 16 Mpbs
Bintang Cecincin
FDDI
Fiber
100 Mpbs
Cecincin berkembar
(Dual Ring)
INTERNET
Internet ialah semua rangkaian komputer di seluruh dunia yang disambungkan dengan rangkaian yang lebih kecil dan bergerak lebih perlahan. Ia mempunyai amat banyak maklumat untuk dicapai oleh sesiapa sahaja, dan ia menyediakan penghantaran maklumat serta-merta ke seluruh dunia. Ini membolehkan manusia di seluruh dunia berkomunikasi di antara satu sama lain dalam masa beberapa minit sahaja. Oleh sebab Internet semakin bertambah popular, ia akan menjadi sebahagian daripada hidup anda. Pada mulanya, Internet hanya terdapat di dalam sistem pendidikan, perbadanan, kerajaan atau agensi lain, dan sangat mahal serta sukar untuk mendapatkan laluan ke Internet. Pada masa ini, Internet boleh disambung melalui pelbagai kaedah menggunakan khidmat komersil atau Penyedia Khidmat Internet (Internet Service Provider- ISP) yang semakin bertambah bilangannya. Internet tidak lagi terhad kepada pakar teknikal atau individu yang pandai komputer sahaja. Sesiapa sahaja yang ada laluan komputer boleh menggunakan Internet sebelum dekad ini berakhir. Internet akan terus berubah dan berevolusi.Teknologi baru akan terus muncul dan menyebabkan sesetengah teknologi sekarang menjadi usang. Walaupun Internet berada pada tahap perkembangan awal, inilah masanya untuk meneroka dan menjelajahi maklumat yang begitu banyak yang didapati pada Internet. Pertumbuhan Internet yang pesat telah mewujudkan cara baru untuk berkomunikasi. popularitinya dicerminkan oleh pelbagai media yang kita gunakan pada hari ini.
Setiap hari, televisyen, radio dan media cetak mewar-warkan rujukan URL, atau alamat lokasi Internet mereka pada penghujung rancangan masing-masing. Banyak syarikat yang telah melabur masa dan wang mereka pada Internet. Di antara komponen Internet yang penting ialah Web. World Wide Web telah berkembang menjadi suatu cara baru berkomunikasi dengan jutaan manusia. Di dalam tempoh antara bulan Julai 1995 hingga Januari 1996, bilangan komputer yang tersambung secara langsung kepada rangkaian fizikal Internet, yang juga dikenali sebagai hos, telah meningkat sekurang-kurangnya 70%. Pertumbuhan Internet yang mendadak boleh dikatakan akibat daripada perkembangan penyemak seimbas (browser) Web bergrafik yang begitu pantas. Komponen grafik Web telah mewujudkan suatu media baru kepada banyak syarikat untuk mengiklankan produk mereka dan untuk berkomunikasi dengan pelanggan mereka. Walaupun Web merupakan komponen Internet yang penting, namun begitu ada juga bahagian-bahagian lain Internet yang dapat membawa anda kepada penemuan yang menarik. Di antaranya ialah tapak Gopher dan FTP. Sistem pacuan menu tapak Gopher mengandungi teks dan maklumat lain. Pelayan FTP juga membolehkan anda memuat turun (download) fail teks dan juga fail audio serta video. Dengan pelayan FTP, fail dari sistem yang jauh boleh dipindahkan ke komputer pengguna.
Mel elektronik, atau mel-e merupakan satu lagi alat penting yang boleh digunakan. Mel-e menyediakan cara pantas untuk berhubung dengan orang lain dalam jabatan yang sama mahupun di seluruh dunia. Berbanding dengan kiriman surat melalui perkhidmatan pos yang mungkin mengambil masa beberapa hari atau minggu, mesej mel-e dapat disampaikan di dalam beberapa minit sahaja. Sama seperti mel-e, kumpulan berita merupakan satu lagi cara berkomunikasi dengan orang lain. Kumpulan berita ialah forum perbincangan dalam Usenet, tempat pengguna bertukar-tukar fikiran tentang tajuk yang khusus. Menghantar mesej kepada kumpulan berita sama seperti menghantar mesej kepada semua orang dalam suatu senarai mel yang besar. Kebanyakan alat Internet ini dapat dimasuki melalui penyemak seimbas Web seperti Netscape Navigator atau Internet Explorer. Tapak Web, Gopher dan FTP boleh menukar malahan membina rangkaian yang terputus. Oleh kerana sifat Internet yang sentiasa berkembang, pengalaman Internet pengguna akan berubah setiap kali pengguna menggunakan penyemak seimbas Web.

1 comment:

  1. I have read your full post and i think it is very effective for me as well as others. Great job buddy thanks for your post.
    telephony leased line

    ReplyDelete