Monday 2 April 2012

Tafsir Mimpi Menurut Islam dan Barat- bahagian ke-2 (A-B)

Tafsir Mimpi
Menurut Islam dan Barat

Tafsir mimpi menurut Islam:

Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam, berkata:
Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.
Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku." Baginda menjawab, "Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan menyusukannya." Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut.
Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu mentafsirkan kebenarannya. Semoga buku ini dapat membantu dalam menjawab makna mimpi anda, insyaAllah.
Tambahan pula, mimpi diakui adanya dalam syariat Islam. Sedangkan ilmu untuk mentakwilkan, mentakbirkan atau mentafsirkannya diiktiraf oleh ramai ulama. Ramai ulama yang ingin mendalami masalah takwil atau tafsir mimpi tetapi tidak ramai yang mengetahuinya kerana susahnya.
Al-Imam Ibnu Syahin, dalam mukadimah kitabnya Al-Isyarat Fi Ilmi al-'Ibarat, berkata:
"Islam mencerca ilmu tenung kerana hanya Allah-lah yang mengetahui masalah ilmu ghaib. Saya menghindari ilmu-ilmu seperti itu dan tidak meminatinya, dan saya ingin membuat buku yang dapat mendedahkan perkara-perkara ghaib yang sememangnya diakui oleh syarak, iaitu ilmu takwil dan ta'bir mimpi."
Menurut ahli-ahli ta'bir, mimpi ada tiga macam:
1. Peristiwa yang menggembirakan yang benar yang terjadi setelah bermimpi, dan ini tidak memerlukan penafsiran.
2. Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang makna atau takwil.
3. Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya.

Tafsir mimpi menurut Barat:
Tafsir mimpi telah diamalkan sejak zaman Babilonia beribu-ribu tahun yang lalu. Aflatun, Aristu, Cicero, Kitab Injil, Shakespeare, Goethe dan Napoleon percaya bahawa mimpi tertentu meramalkan. Manusia sudah mentafsirkan lambang dalam mimpinya menurut tamadun dan masyarakatnya. Tidak ada apa pun yang memuncul dalam mimpi secara kebetulan, tiap gambaran adalah lambang yang dihargai yang merujuk kepada kehidupan anda dan fikiran yang paling dalaman anda. Biasanya bahagian yang paling mengelirukan adalah juga bahagian yang paling penting untuk memahami.

Mimpi ada tiga jenis:
1. Mimpi jasmaniah. Mimpi ini tidak penting dan disebabkan oleh fikiran yang bangun dan bimbang, demam, ramuan ubat dan dadah, penyakit. Mimpi ini tidak meramalkan.
2. Mimpi subjektif yang berdasarkan pandangan sendiri. Mimpi ini penuh lambang dan meramalkan, walau bagaimana pun makna betul tersembunyi di lambang dan kias.
3. Mimpi rohaniah. Mimpi ini dilaksanakan oleh roh sendiri dan meramalkan.
Mimpi boleh melebih-lebihkan. Semua mimpi bukan menggembirakan atau meramalkan. Mimpi ngeri boleh meninggalkan tanggapan tahan lama yang menakutkan. Bila tertidur, fikiran taakulan tidak aktif, jadi fikiran mimpi melebih-lebihkan dan mengherotkan gambaran dalam mimpi sehingga merangsang atau menakutkan.

Mimpi-mimpi ngeri:
Jangan khuatir jika anda bermimpi ngeri. Mimpi-mimpi begitu biasanya hanya membesar-besarkan situasi yang anda sedang alami atau sesuatu kejadian yang akan berlaku. Mimpi ngeri biasanya mencerminkan sesuatu yang ada kena-mengena dengan situasi di masa lampau/masa kini atau bakal kejadian tersebut akan terjadi. Malah oleh kerana anda sudah ditunjukkan adanya situasi/kejadian yang negatif tersebut dalam mimpi anda maka kesannya tidak akan menjadi begitu kuat bagi anda. Sudah tentu elemen kejutan itu akan lebih kurang. Jadi janganlah anda risau jika mimpi ngeri anda itu sangat menakutkan.

A
Abu
Jika anda bermimpi tersembur dan atau terkena abu dalam hidung hingga seolah-olah tidak boleh bernafas menandakan didalam pekerjaan anda saat ini sedang ada yang tidak beres.
Adinda
Jika anda bermimpi menemui atau ditemui oleh kekasih (adinda) anda menandakan Anda akan dikaruniai pekerjan mulia dan tinggi.
Adegan
Jika anda bermimpi menonton adegan lucu, dan pertunjukan jenaka menandakan bahwa anda akan memperoleh suatu keuntungan yang baik dalam pekerjaan.
Ajar
Jika anda bermimpi diajar oleh orang terutama guru atau orang tua menandakan ada suatu kehormatan yang akan diperoleh.
Admiral
Jika anda bermimpi bertemu dengan seorang/banyak admiral bererti hidup usaha (dagang) anda dan dikehidupan sosial sangatlah maju. Dan jika seorang wanita yang bermimpikan bertemu dengan admiral akan bersuamikan sorang duda yang terhormat dan kaya raya.
Air
Jika anda bermimpi berjalan diatas air alamat anda akan beruntung. Sedang mimpi tenggelam dalam air sungai alamat buruk. Dan bila bermimpi lihat air masuk kedalam rumah alamat anak dan anda akan mengalami sakit. Anda bermimpi menangis melelehkan air mata alamat akan dating kegembiraan. Dan memimpikan air buah menandakan tak lama lagi (dalam hitungan hari) akan menerima kabar gembira dari sanak famili atau teman Anda. Mimpi melihat air banjir, bersirat akan mendapatkan rerzeki. Mimpi melihat air mengalir, bermakna aka mendapatkan kabar yang mengejutkan.
Ayah
Jika anda bermimpi ayah Anda dan bunda (tegasnya) melihat orang tua berarti sangat baik sekali kehidupan Anda selama ini dimata mereka.
Ayam
Jika anda bermimpi melihat ayam terbang kepohon menandakan Anda akan menerima uang. Mimpi melihat ayam betina mengeram alamat akan dikaruniai kebaikan. Sedang anda bermimpi melihat ayam sedang bertelur, alamat akan mendapat untung. Dan bermimpi membeli atau dapat ayam jantan alamat Anda segera mendapat anak. Bermimpi ayam anda dicuri orang bertanda akan bersedih hati. Memelihara anak ayam artinya Anda jangan gaduh (gelisah, resah) dengan rezeki sekarang. Sedang bila mimpi memberi makan kepada ayam artinyua pekerjaan anda akan bertambah maju dan sukses segala yang dicita-citakan.
Ayu
Jika anda bermimpi melihat perempuan yang ayu dan cantik alamat Anda akan bersedia dalam lamaran atau dilamar orang dan semua yang anda ingin jika tidak disertai dengan hal-hal yang Anda harapkan akan mengalami kegagalan walaupun sesungguhnya cita-cita tadi besar artinya.
Ayunan
Jika anda bermimpi tidur diatas ayunan, Anda akan dibawah berlayar (pergi jauh). Mimpi duduk berayun dengan seorang yang berlainan kelamin alamat akan segera tibah jodoh. Sedang mimpi jatuh dari ayunan bertanda akan ada rugi besar dalam perdagangan.
Artis
Jika anda bermimpi menghindari suatu pertunjukan yang dilaksanakan oleh seorang artis ternama berarti anda akan dapatkan kemewahan yang berlipat banda. Kalau anda sendiri yang jadi artis, alamat segala cita-cita dapat tercapai.
Akrobat
Jika anda bermimpi dalam satu pertunjukan akrobat ditengah udara tanpa kecelakaan si pemimpin (orang yang posisinya diatas anda pimpinan anda) akan beruntung kalau yang dilihat itu ada kecelakaan atau jatuh maka perjalanan atau rencana anda baiknya jangan dulu diteruskan karena besar kemungkinan mengalami banyak rintangan. Dan jika anda sendiri yang menjadi acrobat artinya pandangan mata masyarakat kepada anda tidak dihiraukan atau penuh ejekan.
Alam
Jika anda bermimpi bermimpi melihat keindahan alam yang luar biasa alamat anda akan terlepas dari susah dan rugi. Dan kalau anda sedang sakit (tertimpa musibah) akan sembuh seperti sediakala.
Alun
Jika anda bermimpi melihat alun ombak bertanda rezeki anda sedang dipermainkan keadaan sebentar naik sebentar turun.
Album
Jika anda bermimpi melihat foto-foto dalam album baik orang-orang atau pemandanganpemandangan indah, bertanda anda yang selama ini ditunggu-tunggu kesudahannya akan mengalami kepahitan tapi juga bisa teratasi dan ada kemungkinan dapat kawin.
Alkohol
Jika anda bermimpi meminum barang alkohol sehingga (yang memabukkan) seolah-olah tidak tahu dunia lagi, bertanda anda akan mengalami badan yang sehat, pikiran waras dalam menghadapi sesuatu peristiwa kehidupan jasmani dan rohani.
Almari Pakaian
Jika anda bermimpi membuka lemari pakaian dan yang membuka itu adalah perempuan maka ia akan berlimpahan pakaian kelak dikala ia bersungguh-sungguh mencari hidup.
Amal
Jika anda bermimpi sering meramal (melakukan perbuatan baik misalnya menyumbangkan dana dsb), Dalam kenyataan anda tidak perlu lagi beramal. Dan jika anda menerima amalan dari orang lain, alamat harus hati-hati dalam waktu-waktu dikala anda sedang ditimpa susah. Kebalikan dari itu bila anda mimpi menjadi kepala amal dari suatu masyarakat atau orang banyak.
Anak
Jika anda bermimpi melihat, memelihara, mempunyai mendengar anak, alamat suatu keuntungan akan segera datang kepada anda. Apalagi kalau anda bermimpi mempunyai anak laki-laki. Mimpi melihat anak-anak bermain bermakna akan mendapatkan jodoh.
Anak Yatim Piatu
Jika anda bermimpi memelihara atau memungut anak yatim, alamat rezeki anda akan segera membumbung. Dan bila mengunjungi rumah yatim, alamat akan menerima khabar baik dari kalangan keluarga yang dekat. Kalau bermimpi anda sendiri yang menjadi anak yatim bertanda anda hidup penuh kemewahan dan kebahagiaan, sahabat banyak yang menolong dan kasih saying selalu datang dari mereka.
Anak Domba
Jika anda bermimpi bermain-main dengan seekor/beberapa anak domba bertanda kehidupan rumah tangga anda akan memuncak. Dan anak-anak anda akan sukses dan bahagia hidupnya bila anda bermimpi memberi makan kepada anak domba atau domba-domba lainnya.
Anak Kucing
Jika anda bermimpi bersenda gurau atau sedang bermain-main dengan anak kucing, alamat anada tidak usah susah-susah soal kehidupan dan peri laku perekonomian anda, sekali waktu dalam tempo yang singkat anda segera dapat senang. Mimpi melihat atau mengamat-amati kucing yang sedang tidur, alamat ketentraman rumah tangga anda akan tercapai. Sedang anda mimpi dicakar kucing alamat anda sedang diganggu dan atau akan diganggu oleh orang yang sesungguhnya lebih bodoh dari anda.
Anjing
Sedang mendengar atau melihat anjing menggonggong alamat ada seorang kawan, teman, sahabat, kenalan, yang berikhtiar membelokkan anda dalam kejahatan (sesuatu yang berakibat buruk untuk anda). Dan bila anda melihat seekor anjing datang pada anda menggoyangkan ekornya bertanda anda akan dapat menyelesaikan suatu urusan penting dengan segera, dan Jika anda bermimpi merawat seekor anjing atau beberapa rezeki anda akan memuncak gemilang.
Ambruk/Roboh
Jika anda bermimpi beberapa tembok rumah anda sama ambruk atau roboh bertanda tangga rumah tangga anda akan berantakan.
Angsa
Jika anda bermimpi melihat angsa bertanda pertumbuhan cinta kasih anda akan bersemi (tercapai). Dan bila anda bermimpi melihat angsa berbunyi, alamat anda akan (harus) menerima nasihat dari siapapun saja mengenai persoalan yang ada hadapi.
Angin
Jika anda bermimpi angin ribut menyerang rumah, alamat anda sewaktu-waktu akan meninggalkan rumah dan atau kampung halaman.
Angin Besar
Jika anda bermimpi angin bersar Anda akan segera menerima surat dan khabar. Sedang mimpi angin santar alamat anda akan mengalami sakit.
Angin laut
Jika anda bermimpi angin dari laut, alamat negara atau setidak-tidaknya masyarakat anda rusak, dan kalau negara akan timbul peperangan.
Anglo
Jika anda bermimpi melihat anglo penuh berisi bara atau arang yang masih ada apinya alamat keberuntungan yang segera tiba.
Anak Panah
Jika anda bermimpi mendapat anak panah atau gendewo bertanda anda akan dibantu orang samapai cukup (mampu untuk melakukan keinginan anda sendiri).
Adu
Jika anda bermimpi beradu senjata dengan orang lain atau teman, alamat akan timbul pertengkaran yang anda sendiri tidak mengalami sakit.
Alas
Jika anda bermimpi keluar dari alas atau hutan bertanda anda akan kehilangan wang atau sesuatu yang berharga.
Alam
Jika anda bermimpi bermimpi melihat keindahan alam yang luar biasa alamat anda akan terlepas dari susah dan rugi. Dan kalau anda sedang sakit (tertimpa musibah) akan sembuh seperti sediakala.
Api
Jika anda bermimpi membawa api didalam perahu, bertanda akan mendapatkan keuntungan yang lumayan. Tanah mendadak keluar api bertanda anda akan mengalami gangguan kesehatan. Melihat api dari jauh, alamat akan panjang umur, sedang api itu warnanya hitam, alamat anda akan segera menemukan apa yang anda cari. Bila bermimpi melihat api menyala di dalam rumah bertanda akan mendapat kebaikan dari Yang Maha Kuasa dan bisa juga makna yang terbalik dari itu anda diminta lebih berhati-hati lagi. Mimpi melihat api turun dari langit dan membakar rumahnya sendiri (anda) bertanda akan mendapatkan rezeki atau uang yang banyak. Dan bila mimpi anda sedang memadamkan api bertanda akan dapat menyelesaikan kesukaran yang sekarang dihadapi. Mimpi melihat api di kuburan, bermakna akan berumur panjang.
Arak-arakan
Jika anda bermimpi melihat arak-arakan, baik arak-arakan Tionghoa atau lain-lainnya bertanda kehidupan anda mengalami banyak kesukaran peristiwa dan lain-lain yang anda harus bekerja dan membanting tulang dalam selama berhari-hari untuk menyelesaikannya.
Arsitek
Jika anda bermimpi seorang arsitek Anda akan mendapat penghargaan yang tinggi dalam memburuhkan (memperkerjakan) tenaga kepada orang lain.
Asap
Jika anda bermimpi melihat asap, bertanda akan mendapatkan sakit sedang asap yang tidak berapi, bertanda akan ada khabar yang bohong yang akan diterima. Melihat asap hitam keluar dari rumah, menandakan akan dapat sakit. Sedangkan melihat asap berkepul-kepul, alamat segala apa yang dicita-citakan tidak akan tercapai.
April
Jika anda bermimpi seolah-olah berada dalam bulan April, bertanda sukses pekerjaan, roman baik, kebahagiaan naik dan kesengan memuncak.
Agustus
Jika anda bermimpi berada dalam bulan Agustus bertanda Segala yang berkenaan dibulan Agustus kemungkinan besar akan tidak berhasil dan segala pekerjaan hasilnya kurang memuaskan.
Apel
Jika anda bermimpi memakan buah apel bertanda anda akan menghadapi sukses yang baik dan tinggi. Mimpi Apel diatas meja alamat presentase kedudukan anda akan naik terutama pandangan dari masyarakat.
Apung
Jika anda bermimpi dalam keadaan terapung (ditengah air) kemungkinan anda dalam berusahan tanpa fundament yang kokoh dikarenakan kurang kuat perhitungannya. Apung (terapung-apung) dalam sugai atau lautan itulah suatu tanda akan gagal dalam usaha. Bermimpi seekor ikan atau terutama ikan duyung sedang terapung-apung dilautan alamat suksenya dalam perkawinan atau perihal cinta.
Anggur
Jika anda bermimpi (lelaki) yang meminum anggur alamat ada seorang kawan yang dapat menolong dalam sepak terjang, sedang bila yang minum itu seorang perempuan alamat akan menghadapi kawin setahun lagi.
insurans
Jika anda bermimpi menerima bungkusan polisi insurans bertanda akan naik kondisi kewangan anda.
Asin
Jika anda bermimpi merasakan air asin atau minum air sungai terasa asin bertanda akan dapat uang dari inisiatif (pemikiran awal) yang kurang jujur.
Atap Rumah
Jika anda bermimpi duduk atau berdiri disebuah atap rumah alamat segala cita-cita tercapai dan bila anda waktu duduk dengan seorang teman karib bertanda anda dapat keperuntungan yang baik dalam suatu usaha dagang.
Awan
Jika anda bermimpi melihat awan putih alamat kebahagiaan dalam perkawinan sukses dalam perdagangan dan kesehatan terpelihara dihari tua. Mimpi awan mendung gelap peringatan anda harus hati-hati, karena segala barang yang disuka. Mimpi awan terlihatnya merah bertanda suatu desa akan ditimpa celaka dan mungkin kampug anda. Mimpi melihat awan menghitam bermakna akan datang satu kesusahan.
B
Babi
Jika anda bermimpi memotong babi, alamat akan beruntung sekali, dan bermimpi melihat bangkai babi bertanda tidak baik sekali.
Badan
Jika anda bermimpi badan gemuk berarti akan dimuliakan orang dan dijujung tinggi. Dan kalau badan anda kurus tanda sebaliknya. Mimpi badan berdarah bertanda harta akan tahan lama. Dan mimpi badan keluar kutunya, alamat bagi yang susah akan terhibur dan bagi yang sakit akan segera sembuh.
Badak
Jika anda bermimpi melihat badak, bertanda akan mendapat pengaruh besar dalam kedudukan sosial atau perdagangan yang ada pimpin sekarang.
Bajak Laut
Jika anda bermimpi melihat atau ditawan oleh bajak laut, bertanda anda sukses dalam kerja dan mendapat tawaran baik diantara dua pekerjaan dan besar bermanfaat besar. Sedang seorang wanita yang bermimpi ditangkap bajak laut alamat segera kawin atau dapat jodoh.
Baju
Jika anda bermimpi baju anda robek bertanda akan ada berita yang akan buruk sekali yang akan menyusahkan jiwa anda. Dan jika anda bermimpi ada sesuatu tindakan yang dilihat anda kurang menyenangkan atau akan menghebohkan masyarakat, menandakan tindak-tanduk anda dalam bergaul kurang diperhatikan. Misalkan anda bermimpi ketika seseorang yang anda sukai membuka pakaianya (penutup aurat, seperti jilbab). artinya bahwa upaya anda selama ini dalam mencari perhatian orang itu adalah sia-sia belaka. Kesimpulannya orang yang anda sukai itu ingin menjauhi anda.
Baju Kurung
Jika anda bermimpi melihat seorang memakai baju kurung, alamat murah rezeki karena anda tidak segan-segan mencari kerja.
Baju Kebesaran
Jika anda bermimpi mendapatkan baju kebesaran bertanda anda akan dapat keuntungan besar. Dan jika mendapat baju besar, bersirat akan segera mendapat keuntungan yang tak terduga.
Baju Hijau
Jika anda bermimpi berbaju hijau bertanda anda mendapat berkat dari Tuhan Yang Maha Esa. Jika anda berbaju putih bertanda anda dalam posisi dicemooh orang, dan bila kehilangan baju tanda berduka hati.
Baju Sulaman
Jika anda bermimpi mengenakan baju sulaman memberitakan anak cucu anda atau keponakan anan akan mempunyai rezeki yang datang tiba-tiba. Sedangkan kalau anda berbaju robek bertanda segala yang disimpan didalam rumah akan diketahui orang.
Bahaya
Jika anda bermimpi dalam keadaan bahaya, bertanda kehidupan anda yang begitu tentram segera ada yang merusaknya. Sedangkan menolong orang yang ditimpa bahaya, bertanda anda berlaku baik (adil) sesama kawan.
Bahagia
Jika anda bermimpi bahagia bertanda kebalikan, hidup yang anda jalankan harus lebih hati-hati lagi (waspada) Lain halnya kalau anda bermimpikan orang yang bahagia, adalah tanda anda disayangi orang dan diberi kesempatan yang lumayan.
Bayang-Bayang
Jika anda bermimpi melihat bayang-bayang diair atau gelas bertanda anda akan mendapat suatu pekerjaan yang lebih baik lagi.
Bayar
Jika anda bermimpi membayar hutang, berartikan baik sekali tentunya dalam bidang pekerjaan anda. Anda dipercaya oleh majikan yang memberikan kuasa.
Bayi
Jika anda bermimpi menggendong bayi bertanda akan mendapatkan rezeki yang baik. Bila anda melihat bayi lahir anda akan aktif dalam suatu pekerjaan yang tidak disangka-sangka dan tidak ada hubungannya dengan pekerjaan anda yang lampu. Dan jika mimpi melihat bayi dalam kandungan ibu, bertanda orang yang menghalang-halangi usaha anda akan pergi dari anda.
Bahan
Jika anda bermimpi membeli bahan bangunan bertanda jelas anda akan bersukses dalam usaha yang anda rintis.
Bangkai
Jika anda bermimpi berjumpa dengan bangkai yang sudah berbau sekali, bertand kesusahan akan menimpa anda dalam soal keuangan.
Balkon
Jika anda bermimpi sedang ada dibalkon, bertanda anda akan bertengkar dengan seorang kawan atau keluarga anda. Dan bila anda ada dibalkon tapi tak dapat melihat apa-apa, bertanda harus berwaspada karena anda akan dicelakakan oleh teman-teman anda dikala andan tidak tahu menahu.
Balon
Jika anda bermimpi melihat balon atau memegangnya bertanda sesuatu yang dikerjakan dan diharapkan akan kurang memuaskan.
Bangku
Jika anda bermimpi sedang duduk disebuah bangku di park, bertanda akan bertemu dengan seorang kawan yang sudah lama berpisah dengan anda. Bila anda sedang sibuk bekerja disebuah bangku, bertanda akan mendapatkan penghargaan yang baik dari majikan anda.
Bank
Jika anda bermimpi sedang berada didalam bank akan mendapat dan menghadapi kesukaran.
Banjir
Jika anda bermimpi sedang mengamat-amati banjir bertanda anda akan dikaruniai rezeki. Tapi bila anda ditimpa banjir, alamat buruk karena akan kekurangan. Mimpi rumah anda kebanjiran bersirat anda akan capek hati (kesal, dongkol, emosi jiwa).
Bantal
Jika anda bermimpi melihat bantal sulaman bertanda anda akan ditolong oleh orang atasan.
Banteng
Jika anda bermimpi melihat banteng, bertanda akan mendapatkan suatu kegembiraan.
Baca
Jika anda bermimpi membaca buku suci merupakan suatu keuntungan besar. Juga jika mimpi belajar membaca, mimpi mendengan suara orang membaca buku, bertanda pengertian anda akan bertambah.
Batu
Jika anda bermimpi mengangkat batu hendak dibawa pulang kerumah, bertanda akan beruntung besar.
Batu Kerikil
Jika anda bermimpi bermain batu kerikil bertanda kesusahan anda akan berkurang. Dan anda akan bahagia jika anda dibangunkan oleh suara batu kerikil.
Bakar
Jika anda bermimpi membakar hutan atau alas, bertanda daya upaya anda akan berhasil. Terutama dalam soal perkawinan dan percintaan.
Bawang
Jika anda bermimpi memakan bawang, bertanda anda harus hati-hati karena akan dicurangi orang.
Bebas
Jika anda bermimpi dibebaskan dari tuduhan oleh pengadilan berarti anda dapat melumpuhkan segala manusia-manusia yang curiga terhadap anda dan dengan seketika waktu anda bisa kerja sukses lagi.
Bedak
Jika anda bermimpi melihat dan memakai bedak bertanda asmara dan cinta anda akan bahagia.
Beludru
Jika anda bermimpi melihat atau menyentuh atau berbaring diatas beludru bertanda suatau kehidupan yang gembira dan senang.
Belandar
Jika anda bermimpi belandar atau cagak dari rumah roboh, bertanda akan ditimpa kesusahan yang tiba-tiba.
Bell(loceng)
Jika anda bermimpi mendengar suara bel dari jauh, bertanda apa yang dicita-citakan akan terpenuhi dan bila suara bel itu dekat saja bertanda anda akan tergelincir dalam mulut manis dan anda mungkin akan kehilangan wang.
Belanja
Jika anda bermimpi belanja anda akan berbahagia dalam rumah tangga.
Benang
Jika anda bermimpi memasukan benang dalam jarum, bertanda jika ada kesukaran datang akan meringankan. Sedang mimpi memilih benang, bertanda bahagia akan datang segera.
Bendera
Jika anda bermimpi melihat bendera terpancang dan berkibar-kibar, bertanda keuntungan akan datang. Tetapi bila bendera itu hanya diam saja, bertanda suatu laporan palsu yang tiba-tiba datang tapi hal ini anda jangan percaya.
Benci
Jika anda bermimpi dibenci orang bertanda khabar baik akan datang pada anda.
Benteng
Jika anda bermimpi masuk kedalam sebuah benteng, bertanda anda akan kekesalan hati yang tibatiba. Dan bila melihat benteng dibetulkan, bertanda akan memiliki keberuntungan sederhana. Jika anda bermimpi ada atau didekat benteng anda segera ditolong oleh teman-teman anda. Pertolongan itu terutama datangnya dari bidang sosial dan dagang.
Bencana
Jika anda bermimpi terkena bencana, hal itu bertanda sebagai kebalikan dari mimpi anda.
Beruang
Jika anda bermimpi dikejar beruang, bertanda kurang baik anda akan disusahkan oleh orang yang dianggap teman. Tetapi kalau anda dapat menghindari diri atau mematikan beruang itu pasti akan mendapat kemenangan baik dari seteru anda.
Beranda
Jika anda bermimpi duduk di beranda sebuah rumah terutama dengan dengan putri, berarti anda dengan selekasnya menikah. Tetapi bila anda tertidur diberanda, alamat akan kesukaran yang anda hadapi tetapi begitu serius.
Berkelahi
Jika anda bermimpi melihat orang berkelahi dijalan bertanda situasi pedagangan anda akan maju. Sedang yang berkelahi itu anak-anak semua, alamat pertikaian dalam rumah (akan) timbul. Dan kalau yang berkelahi itu binatang-binatang, bertanda dari pihak keluarga istri anda kurang senang dengan anda.
Berlayar
Jika anda bermimpi berlayar diair yang tenang, alamat kebahagian akan datang, sedang berlayar diair yang berteriak adalah sebaliknya.
Bertaruh
Jika anda bermimpi melihat atau anda sendiri sedang bertaruh, bertanda anda mengikat diri dalam suatu pemufakatan yang menyinggung pribadimu.
Bersih
Jika anda bermimpi membersihkan badan, suatu tanda yang baik sekali artinya anda jujur dan sehat serta berbahagia dalam hidup. Sedang anda mimpi membersihkan badan orang lain, alamat anda akan mendapat ambisi baru yang tadinya dilepaskan. Mimpi membersihkan perkakas rumah, bertanda anda akan mendapat kedudukan tinggi dalam masyarakat. Dan bila mimpi membersihkan gigi, bertanda anda jangan khawatir dan gaduh soal penghidupan anda sekarang tetap memberikan kebahagiaan.
Beras
Jika anda bermimpi memberi atau membuang beras pada saat pengantin bertanda anda akan segera kawin (nikah) dengan segera.
Besi
Jika anda bermimpi bekerja mempergunakan alat dari besi bertanda anda mempunyai bakat dalam pertukangan untuk segera dikembangkan.
Borok
Jika anda bermimpi keluar borok-borok (luka) dikepala, bertanda akan tiba keuntungan dan mimpi badan yang penuh borok bertanda rezeki murah datangnya.
Buaya
Jika anda bermimpi naik buaya masuk kedalam kali atau air, bertanda pekerjaan anda akan lebih sukses lagi. Dan mimpi melihat buaya merangkak masuk kedalam rumah anda, bertanda akan ada keberuntungan (untung). Sedangkan bermimpi melihat buaya, bertanda ada musuh yang diam-diam hendak mengintai mencelakakan anda.
Buaian
Jika anda bermimpi melihat buaian bayi didalam bulan, bertanda sukses pekerjaan.Dan bila mimpi bayi kembar dalam bulan alamat kebahagiaan perkawinan.
Buang air kecil/Kencing
Jika anda bermimpi buang air kecil (kencing) bertanda akan ada yang menimpa rumah yaitu pencuri akan datang. Waspadalah.
Buang air besar/Berak
Jika anda bermimpi buang air besar bertanda ada kemungkinan besar anda akan kehilangan sesuatu. Harus lebih berhati-hati.
Buah Anggur
Jika anda bermimpi memetik buah anggur, bertanda mendapat kedudukan tinggi, dan bila anda makan buah anggur bertanda anda akan menerima warisan.
Bujang
Jika anda bermimpi seorang bujang atau puteri, suatu bertanda sesuatu yang hanya khayal belaka, seperti membangun istana di udara.
Budi
Jika anda bermimpi berbudi baik dalam mimpi bertanda akan dipercaya teman sejawat, tetapi harus berhati-hati karena mempunyai latar belakang.
Buku
Jika anda bermimpi melihat orang membaca buku, bertanda akan mendapat anak yang baik, dan jika anda sendiri yang membaca buku, bertanda anda mempunyai suatu rasa kebudayaan (perilaku, adab) yang sangat menguntungkan.
Bukit
Jika anda bermimpi menaiki bukit dengan susah payag dan akhirnya sampai juga diatas, bertanda yang anda harapkan akan berhasil (dalam mencari pekerjaan baik). Dan kalau menuruni bukit bertanda kebalikannya.
Buka
Jika anda bermimpi membuka almari atau peti, bertanda anda harus berhati-hati, kerana rahsia yang tersimpan akan segera diketahui orang dengan kelalaian anda sendiri (jangn teledor sembarangan).
Bulan
Jika anda bermimpikan rembulan atau matahari jatuh, bertanda anda akan berkabung atau bersusah hati.
Bumi
Jika anda bermimpi bahwa bumi ini anda bisa kelilingi bertanda sangat baik sekali untuk keberadaan anda (kemampuan).
Bungkusan
Jika anda bermimpikan ada sahabat datang membawa bungkusan, bertanda akan menemukan kebahagiaan dalam perjalanan (lancar sampai tujuan).
Bunting/Hamil
Jika anda bermimpi istri anda sedang bunting bertanda kurang baik.
Bengawan
Jika anda bermimpi bengawan meluap bertanda pekerjaan anda cenderung maju dan melihat air bengawan kecil dan jernih, bertanda akan dapat uang yang tidak sedikit.
Bianglala/Pelangi
Jika anda bermimpi melihat bianglala bersinar merah, bertanda suatu kebaikan, segala apa yang anda inginkan ada kemungkinan besar tercapai.
Bibir
Jika anda bermimpi (wanita) melihat bibirnya sendiri alamat bisa tercapai cita-citanya sebagai biduan dan atau seniwati lainnya. Untuk pria harus berhati-hati mengeluarkan omongan karena tergelincir sendiri (tidak bisa mengontrol omongan yang beretika). Sedangkan bermimpi (pria atau wanita) yang melihat bibir kelamin lainnya bertanda baik sekali dalam perkelaminan yaitu ia bisa memilih teman jodoh yang serasi betul.
Bidadari
Jika anda bermimpi melihat bidadari terbang diatas rumah bertandakan kebahagian sedangkan seorang bidadari datang bercapa-cakap dengan anda ada sinyalemen orang besar akan datang dan bergaul dengan anda.
Bilik/Kamar
Jika anda bermimpi sedang berada dalam bilik kapal bertanda anda akan (oleh teman-teman akan berdaya upaya untuk jahil) berakibat kerusakkan.
Binatang
Jika anda bermimpi melihat bermacam-macam binatang bertandakan alamat kepada anda harus bekerja membanting tulang berwaspada yang insya Allah akan sukses.
Bintang
Jika anda bermimpi melihat bintang dilangit yang bermacam-macam bentuknya, ini adalah merupakan tanda bahwa segala kebutuhan Anda akan terpenuhi. Ini juga merupakan alamat bahwa anda harus bekerja membanting tulang. Tapi janganlah lupa juga dengan Tuhan YME. Insya Allah akan sukses.
Biru
Jika anda bermimpi melihat warna-warna biru disekeliling anda bertanda suatu kebaikan dalam kalangan keluarga. Dan dalam cinta ada tumbu kesetiaan.
Biola
Jika anda bermimpi mendengar suara biaola bertanda anda harus selekas mungkin mengambil bahagian (cepat mengambil keputusan).
Bisu
Jika anda bermimpi seolah-olah bisu, suatu tanda bahwa perkataan anda terhadap teman-teman kurang dipercaya.
Bicara
Jika anda bermimpi sedang bicara bertanda suatu persoalan yang amat sulit dihadapi anda akan segera beres (tak menjadi lama).
Boneka
Jika anda bermimpi bermain-main dengan boneka bertanda rumah tangga anda akan hidup harmonis dengan anak-anak yang sehat-sehat.
Botak
Jika anda bermimpi berkepala botak atau tidak berambut bertanda anda akan menerima khabar buruk.
Botol
Jika anda bermimpi melihat atau mebawa botol penuh berisi apa saja bertanda kekayaan anda bertambah. Sedangkan bermimpi botol itu kosong, bertanda kesukaran yang tiada lenyap-lenyap dalam berusaha apa saja.
Boxing
Jika anda bermimpi sedang boxing atau melihat orang berboxing (tinju) bertanda perdagangan dan pencaharian anda akan mengalami kerugian dan kesukaran.
Bunuh
Jika anda bermimpi membunuh orang, bertanda akan keberuntungan besar, sedang anda dibunuh orang, bertanda kurang baik anda akan menjadi sakit-sakitan.
Bunga
Jika anda bermimpi melihat atau memegang bunga bertanda anda akan menemui keberuntungan dalam cinta (tidak sedih hati). Mimpi memetik bunga, bermakna anda akan mendapat ketentraman karena disukai oleh banyak orang.
Bulus
Jika anda bermimpi bertemu dengan bulus, bertanda akan mendapatkan pasangan yang baik, menangkap bulus bertanda akan kesusahan hidup. Mimpi melihat bulus masuk kedalam sumur, bertanda beruntung dan mimpi bulus dan ular berhadap-hadapan alamat akan ada untung.
Bunyi
Jika anda bermimpi mendengar senapan berbunyi, bertanda akan naik derajat.
Burung
Jika anda bermimpi melihat burung terbang, bertanda kesehatan anda terpelihara rezeki murah dan perkawinan bahagia. Dan mimpi burung terbang menuju anda, bertanda akan datang karunia pada anda dalam ketenangan dan damai.
Burung Merak
Jika anda bermimpi melihat burung merak bertanda akan ditolong oleh orang budiman.
Burung Kuntul
Jika anda bermimpi melihat burung kuntul terbang tanda anda akan salah bicara.
Burung Betet
Jika anda bermimpi melihat burung betet bertanda akan menemui banya perempuan berselisihan (anda harus berhati-hati menyikapi).
Burung Perkutut
Jika anda bermimpi melihat dan atau memegang burung perkutut bertanda anda akan mendapatkan istri atau anak yang baik.
Burung Dara
Jika anda bermimpi melihat dan atau memegang burung dara bertanda anda akan menerima surat.
Burung Kenari
Jika anda bermimpi burung kenari bernyanyi didalam sangkar bertanda bahagia.
Burung Merpati
Jika anda bermimpi melihat dan mendengan burung merpati, bertanda rumah tangga anda berbahagia, dan memberi makan kepadanya (burung-red) bertanda anda akan keliling dunia untuk kesenangan dan kebahagiaan hidup.
Burung Rajawali
Jika anda bermimpi burung rajawali terbang bertandakan pekerjaan dan usaha anda akan sukses.
Burung Gagak
Jika anda bermimpi bendengar bunyi burung gagak bertanda anda akan merasakan kekecewaan dalam percintaan, dan jika gagak berbunyi diatas atap, bertanda ada khabar (berita) jahat yang segera tiba pada anda.
Burung Gereja
Jika anda bermimpi melihat burung gereja menandakan anda atau yang anda kenal akan mengadakan perjalanan jauh.
Burung Kuau
Jika anda bermimpi mendengar atau melihat burung kuau bertanda anda akan menerima warisan atau wang.
Burung Unta
Jika anda bermimpi melihat burung unta bertanda semua rencana yang telah meninggi (matang) akan runtuh (gagal) tiba-tiba.
Buta
Jika anda bermimpi sebagai orang buta, bertanda anda harus hati-hati dalam pekerjaan yang anda kerjakan sekarang karena ada hal-hal yang kurang memberikan kepercayaan bagi anda. Dan kalau anda hanya melihat orang buta, bertanda ada seorang sahabat yang segera datang membutuhkan pertolongan pada anda.
Butuh (perlu)
Jika anda bermimpi didatangi orang memerlukan tenaga, bertanda anda harus lebih teliti lagi dalam hidup anda, ada anasir-anasir (pandangan) disekitar lingkunganmu yang berpengaruh. Tapi dalam hal ini terserah dari kebijaksanaan anda pada hari-hari baik.

No comments:

Post a Comment