Saturday 31 March 2012

Terminologi ICT

Teminologi berikut digunakan dalam ICT:

Keselamatan
Daripada perspektif ICT, keselamatan merujuk kepada perlindungan sumber ICT daripada dicerobohi oleh mereka yang tidak dibenarkan atau kesilapan yang disengajakan..

Server
Server merujuk kepada komputer yang berkeupayaan tinggi yang berfungsi sebagai pelayan perkhidmatan dalam sesuatu rangkaian..

Perisian Sistem
 Perisian Sistem merujuk kepada sistem pengoperasian seperti Windows 95/98 bagi komputer mikro dan NetWare/ Windows NT pada Server.

Perisian Aplikasi
Perisian aplikasi merujuk kepada pakej yang selalu digunakan seperti spreadsheet dan word processing, juga aplikasi yang dibangunkan bagi tujuan tertentu..

Virus
Virus adalah subersif program komputer yang boleh mengakibatkan fail komputer mengalami kerosakan atau terhapus dan mungkin menukar tingkahlaku operasi komputer.

Rahsia Besar
Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran akan menyebabkan kerosakan yang amat besar kepada Malaysia..

Rahsia
Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran akan membahayakan keselamatan negara, menyebabkan kerosakan besar kepada kepentingan dan martabat Malaysia atau memberi keuntungan besar kepada sesebuah kuasa asing.

Sulit
Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran walaupun tidak membahayakan keselamatan negara tetapi memudaratkan kepentingan atau martabat Malaysia atau kegiatan
Kerajaan atau orang perseorangan atau akan menyebabkan keadaan memalukan atau kesusahan kepada pentadbiran atau akan menguntungkan sesebuah kuasa asing.

Terhad
Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi selain daripada yang diperingkatkan Rahsia Besar, Rahsia atau Sulit tetapi berkehendakan juga diberi satu tahap perlindungan keselamatan..

Kerahsiaan
Maklumat/data tidak boleh didedahkan sewenang-wenangnya atau dibiarkan dicapai tanpa kebenaran..

Integriti
Maklumat/data hendaklah tepat, lengkap dan hanya boleh diubah dengan cara yang dibenarkan..

Kebolehsediaan
Maklumat/data dan sistem maklumat hendaklah boleh diakses dan digunakan bila dan apabila diperlukan mengikut fungsi..

No comments:

Post a Comment