Saturday 31 March 2012

PROSEDUR MENGELAK JANGKITAN VIRUS.

PROSEDUR MENGELAK JANGKITAN VIRUS.

1-Jangkitan virus boleh berlaku sekiranya:
a) Menggunakan komputer yang telah dijangkiti virus;
b) Menggunakan peranti penyimpanan data yang telah dijangkiti virus; dan
c) Menyalin kandungan peranti seperti disket, pendrive dan sebagainya yang telah dijangkiti virus.

2-Pencegahan jangkitan virus.
Beberapa langkah pencegahan dan pengawalan mungkin dapat mengawal perkembangan virus daripada merebak. Antara langkah-langkah untuk mengawal ialah:
a) "Write protect" pada disket yang digunakan supaya penyalinan tidak dapat digunakan;
b) Jangan menyalin sebarang perisian;
c) Sentiasa gunakan "Scan" untuk mengesan kehadiran virus;
d) Sentiasa "boot system" dari cakera padat;
e) Asingkan fail program dari fail data dalam peranti berlainan;
f) Pengasingan penggunaan komputer.

3-Jika jangkitan telah dikesan:
a) "Back-up"kan kesemua data;
b) "Off"kan sistem;
c) "Boot"kan semula dengan menggunakan disket DOS di "writeprotected" yang bersih dari sebarang virus;
d) Gunakan program anti virus (dari disket) untuk membuang virus pada cakera padat atau disket yang dijangkiti tadi; dan
e) "Boot"kan semula jika menggunakan cakera padat.

4-Tanda-tanda disket telah diserang virus:
a) Penggunaan storan bertambah dengan cepat;
b) Program tidak dapat digunakan/dijalankan;
c) Berlaku "disc error";
d) Kegagalan "boot" sistem;
e) Pengurangan keupayaan sistem.

5-Di mana virus menyerang:
a) Ke dalam fail
*.EXE
*.COM
*.SYS
*.OVR;
b) Ke dalam "Memory";
c) Ke ruang "File Allocation Table (FAT)";
d) Ke dalam fail data
*.DBF
*.WK?.
*.DOC

6-Cara mengesan virus
-Gunakan "VIRUS SCAN".

7-Jenis-jenis virus, kesan serangan dan kaedah menghapuskannya. Semua maklumat ini boleh di dapati di fail "readme" dan fail "doc" yang disertakan bersama program anti virus.

 selamat mencuba... dan berhati-hati....

No comments:

Post a Comment