Membaiki “Task Manager is Disabled”
Satu masalah yang kerap kali berlaku akibat serangan virus ialah
fungsi Task Manager dihalang. Jika anda klik kanan pada taskbar dan
’Task Manager’ berwarna kelabu, ia bermakna ia Task Manager telah
disekat. Jika anda cuba membukanya melalui Run > taskmgr pula, satu
kotak mesej akan keluar: “Task Manager has been disabled by your
administrator.”
Untuk mengembalikan semula fungsi Task Manager ini, anda haruslah
terlebih dahulu membuang virus pada komputer tersebut. Gunakan perisian
Anti-Virus seperti Avira, Avast, ataupun AVGFree. Kalau Antivirus pun
gagal dibuka dalam Windows, ketahui bagaimana untuk scan virus sebelum masuk ke dalam Windows.
Untuk mengembalikan semula fungsi Task Manager ini, anda boleh
gunakan regedit ataupun gpedit.msc. Ikuti salah satu dari dua cara di
bawah:
Menggunakan Registry Editor (regedit)
- Pada kotak Run, taipkan regedit dan tekan Enter untuk melancarkan Registry Editor.
- Pergi ke HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies.
- Cari DisableTaskMgr dan tukarkannya kepada 0.
Menggunakan Group Policy Editor (gpedit.msc)
- Pada kotak Run, taipkan gpedit.msc dan tekan Enter untuk melancarkan Group Policy Editor.
- Pergi ke User Configuration\Administrative Templates\System\Ctrl + Alt + Del Options
- Pada bahagian kanan, double-click pada Remove Task Manager dan tukarkannya kepada Disabled.
Scan Virus Sebelum Masuk Windows dengan UBCD4Win
apa yang perlu dibuat jika virus di dalam komputer tidak membenarkan
pemasangan antivirus. Adakah anda perlu format komputer? Tidak sama
sekali! Sebenarnya terdapat 1001 penyelesaian terhadap masalah sebegini
tanpa perlu format semula komputer.
Ok, cadangan saya bagi masalah kita ini adalah scan komputer sebelum
Windows dimulakan. Mengapa? Kerana sebahagian besar virus hanya
berfungsi selepas Windows dimulakan. Bagaimana? Dengan menggunakan
bootable CD. Bootable CD bermaksud CD yang boleh dijalankan tanpa
memerlukan Windows.
Terlebih dahulu, masukkan CD Windows XP ke dalam CD-ROM, dan copy kesemua kandungan CD atersebut ke dalam komputer anda. Dapatkan UBCD4Win ini di sini (saiznya agak besar, kira – kira 212 MB). Setelah selesai download, buka fail tersebut dan extract ke folder yang anda kehendaki. Setelah siap, buka fail UBCD4WinBuilder.exe untuk membuat fail ISO (yang akan digunakan untuk burn ke dalam CD).
Paparan UBCD4Win PE Builder akan keluar. Jika ini kali pertama anda buka UBCD4WinBuilder, satu message box akan keluar: “Search for Windows installation files?”. Klik pada butang No. Pada bahagian Source, tekan butang ‘…’ dan pilih folder yang mengandungi fail Windows XP anda tadi. Pada bahagian Media output pula, pilih ‘Burn to CD/DVD’. Masukkan CD kosong anda (lebih baik jika menggunakan CD-RW) dan tekan pada butang Build. Tunggu sehingga semua proses selesai dan CD UBCD4Win anda akan siap.

Bagaimana jika saya ingin update anti-virus? Sebelum proses membina ISO dilakukan, anda boleh terlebih dahulu update antivirus. Pergi ke folder \BootCD\UBCD4Win\plugin\AntiVirus. Di sini anda boleh melihat folder-folder AntiVirus yang disediakan. Sebagai contoh, jika anda ingin update AV7PE, masuk ke dalam folder AV7PE dan buka fail get_update.cmd dan ia akan update antivirus secara automatik. Selepas proses update selesai, anda bolehlah burn semula CD UBCD4Win tersebut.
Ultimate Boot CD for Windows
Kali ini saya akan menerangkan cara – cara menggunakan Ultimate Boot CD for Windows, kerana ianya paling senang difahami.Terlebih dahulu, masukkan CD Windows XP ke dalam CD-ROM, dan copy kesemua kandungan CD atersebut ke dalam komputer anda. Dapatkan UBCD4Win ini di sini (saiznya agak besar, kira – kira 212 MB). Setelah selesai download, buka fail tersebut dan extract ke folder yang anda kehendaki. Setelah siap, buka fail UBCD4WinBuilder.exe untuk membuat fail ISO (yang akan digunakan untuk burn ke dalam CD).
Paparan UBCD4Win PE Builder akan keluar. Jika ini kali pertama anda buka UBCD4WinBuilder, satu message box akan keluar: “Search for Windows installation files?”. Klik pada butang No. Pada bahagian Source, tekan butang ‘…’ dan pilih folder yang mengandungi fail Windows XP anda tadi. Pada bahagian Media output pula, pilih ‘Burn to CD/DVD’. Masukkan CD kosong anda (lebih baik jika menggunakan CD-RW) dan tekan pada butang Build. Tunggu sehingga semua proses selesai dan CD UBCD4Win anda akan siap.
Menggunakan UBCD4Win
Masukkan CD UBCD4Win dan restart komputer anda (pastikan boot priority ditetapkan kepada CD-ROM. Apabila skrin menu biru keluar, pilih Launch Ultimate BootCD for Windows. Apabila loading selesai, klik pada Start > Programs > Antivirus Tools dan pilih AntiVirus kegemaran anda.Bagaimana jika saya ingin update anti-virus? Sebelum proses membina ISO dilakukan, anda boleh terlebih dahulu update antivirus. Pergi ke folder \BootCD\UBCD4Win\plugin\AntiVirus. Di sini anda boleh melihat folder-folder AntiVirus yang disediakan. Sebagai contoh, jika anda ingin update AV7PE, masuk ke dalam folder AV7PE dan buka fail get_update.cmd dan ia akan update antivirus secara automatik. Selepas proses update selesai, anda bolehlah burn semula CD UBCD4Win tersebut.
No comments:
Post a Comment