Digsby: Buka IM, Emel, dan MySpace Dengan Satu Perisian
Saya ada menceritakan tentang Miranda IM
pada entri yang lepas-lepas, iaitu sebuah klien IM yang
mampu menghubungkan anda dengan pelbagai servis IM seperti Yahoo
Messenger, MSN, dan ICQ. Perisian semua-dalam-satu seperti Miranda IM
ini sangat memudahkan kerana anda tidak perlu membuka banyak aplikasi
untuk IM yang berbeza-beza.
Kini ada perisian yang lebih menarik, iaitu Digsby.
Saya sangat tertarik dengan Digsby kerana ia bukan sahaja boleh
menghubungkan anda dengan pelbagai servis IM, malah ia mampu menguruskan
emel-emel serta Myspace/Facebook anda!
Digsby masih berada pada tahap percubaan, dan masih banyak bug yang perlu dibaiki. Penggunaan memori Digsby juga agak tinggi.
Namun buat sementara ini, apa kata anda lihat ciri-ciri menarik yang ada pada Digsby:
IM (Instant Messenger)
- Anda boleh membalas IM terus pada paparan kecil di bahagian bawah skrin.
- SMS boleh dihantar melalui IM.
- Semua perbualan IM disusun dalam tab, tidak perlu buka Window lain bagi setiap perbualan.
- Perbualan IM anda direkodkan oleh Digsby dan boleh dibuka kembali.
Emel
- Digsby akan memberitahu anda sekiranya terdapat e-mel baru.
- Anda boleh menghantar, membalas, dan memadam emel (serta banyak lagi fungsi) terus dari Digsby.
- Jika anda boleh mempunyai dua akaun pada Gmail, anda boleh login kedua-duanya sekali. Tidak terhad kepada Gmail, malah pada semua emel yang disokong oleh Digsby.
Myspace / Facebook
- Bagi MySpace dan Facebook, anda akan diberitahu jika ada mesej baru, komen, friend request sama seperti MySpace IM.
Servis-servis yang disokong oleh Digsby setakat ini:
- IM: AIM, MSN Messenger, Yahoo! Messenger, Google Talk, ICQ, dan Jabber.
- Emel: Hotmail, Gmail, Yahoo! Mail, AOL Mail, serta mana-mana emel POP atau IMAP.
- Social Network: MySpace dan Facebook
Buat masa ini, anda memerlukan jemputan sekiranya ingin menggunakan Digsby. Anda boleh mendapatkan jemputan dari blog Digsby sendiri, atau gunakan jemputan dari TechMalaya atau DownloadSquad.